Posted under Life

Cuti semester sudah bermula. Penulis, sama seperti orang-orang lain telah merancang beberapa perkara untuk dilakukan sepanjang cuti selama sebulan setengah ini.
Selepas menamatkan kertas Management 1050 pada hari Selasa, keesokannya penulis berangkat pulang ke rumah. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam (naik rapidKL T231 - Putra ke Sentral KL - U64 - T526) amatlah memenatkan. Mula mengingat semula apa yg telah dirancang for this holiday, susun tarikh2 penting (semestinya in mind). Perkara yang terdekat - kerja2 freelance yang tertangguh kerana exam di Seremban. Sepanjang dalam LRT, ape yang kelihatan adalah sama seperti dalam pemerhatian Syed@bratmikrajovic (rujuk entri ‘Amusing Ourselves To Death’ ). Di mana sahaja…yup..ironi kan.?
Setibanya penulis di Sentral KL, hujan turun dengan lebat. Mujur ada laluan beratap yang menghubungkan bus stop berdekatan monorel dan Sentral KL. Tak perlu menunggu dengan lama seperti kebiasaan, bas U64 tiba. Setelah memerhati dari jauh kelibat U64, akhirnya sampai dihadapan penulis, tidak berhenti. Mungkin kerana hujan ketika itu yang agak lebat. Penulis terpaksa berkejar agak jauh sedikit untuk menaiki bas yang tak mahu berhenti dalam renyai hujan.

